Thursday, May 24, 2012

Alkisah at Penang Hill

***

Minggu lepas sempena Hari Ibu merangkap Hari Penentuan Juara EPL, Alkisah balik Penang. Wehuu!!.  

Bila dah balik Penang, for sure Alkisah nak pergi Ferringhi nite & Penang Hill.

Serious kali ni Alkisah tekad, nak tak nak, Alkisah musti naik Penang Hill.

1st, tahun lepas, masa baru lepas kawen, Alkisah bawa my wife pergi Penang Hill, tapi malangnya, depa tutup sebab renovate. Aiyaaaa!!!

2nd time , balik cuti raya, my wife pun dah lepas pantang, ingat nak bawa Sofea & my wife naik Penang Hill, tapi Masyarakatttt !!!.. punya la ramai orang, memang tak la nak beratuq, nak parking kereta pun susah.

Dan kali ini, Alkisah pergi hari isnin, hari selepas Hari Ibu, dan sesungguhnya memang orang tak ramai masa tu. Oo Yeah!!

Bila Alkisah sampai je dekat Station Penang Hill, hujan mulai turun. Tapi Alhamdulillah, hujan lebat tu hanya seketika..

Masa Alkisah & Family naik train, hujan pun dah berhenti.

Train Penang Hill yang baru, Pergh!! punya la laju, Dah rasa macam naik LRT. Tak rugi kalau hang pa turun Penang dan singgah ke sini. Sekejap je hang pa boleh sampai ke Top Station.


Untuk maklumat lanjut, hang pa boleh layari Penang Hill.gov.my


Ni gambo gambo yang Alkisah shoot semasa di Penang Hill

harap hang pa Enjoice!!

Seperti biasa, ni lah muka Sofea kalau boring, tunggu train lambat sampai.. tak sabo sabo..

Sofea siap menyusu dalam Train Penang Hill.

Ibuku,Isteriku & Anakku dalam train

Ni bila dah sampai dekat Top Station, Bagus juga hujan tadi, terasa sejuk dan berkabus kat sini.

Sofea dah mula buat muka boring.

Papa & Mama pun nak bergambo ghak !!

Eh mana Sofea ??



 Amboi Sofea!! Penat sangat ke?? takpa, papa ambik gambar Sofea, at least ada kenangan


***

Bila dah penat berjalan, perut pun rasa lapaq, jadi Alkisah teringin nak makan kat Hameediyah. Dah lama Alkisah tak pekena Briyani Ayam Hameediyah..

Serious,  Kari Ayam Hameediyah masih kekal seperti dulu.. Sedapp & Terbaik!!


that's all for now

***