Tuesday, February 21, 2012

Raya Haji 2011

***

Gambar ini telah lama wujud di Facebook Alkisah pada tahun lepas, cuma baru hari ini Alkisah berkesempatan untuk upload gambar gambar ini ke dalam Alkisah Pictures. 

Ini adalah sambutan Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Sambutan Hari Raya Korban /Haji, dan pada hari itu jugalah pertama kalinya Sofea Nur Ramadhani a.k.a anak Alkisah menjejak kakinya ke Pulau Pinang atau secara amnya pulang ke kampung Atuk dan Opahnya.


Lembu putih itu adalah lembu korban keluarga Alkisah. Alhamdulillah kitaorang dapat lembu yang cantik lagi bersih.


Afif adalah kazen Alkisah yang paling kecik/muda dan dia sangat tertarik pada hari itu dan tak sabo sabo nak menyaksikan upacara sembelihan lembu lembu yang berada sekitar kawasan penyembelihan.


Alhamdulillah, lembu berjaya dikorbankan. Maaf ye rakan rakan, Alkisah tidak dapat upload gambar 18SG.

Selepas urusan korban dijalankan, Alkisah dan keluarga pulang ke rumah sambil dinantikan oleh Sofea dan mamanya.

Apalagi, Atuknya tak menyempat nyempat terus menerpa Sofea yang sedang berehat.


Sofea sudah siap menanti tetamu yang hadir pada hari itu. Antara tetamu yang hadir adalah sanak saudara dari sebelah abah dan mak, rakan rakan dan jiran tetangga.

Pada malam hari itu juga, Alkisah berkesempatan untuk shoot family photo dekat rumah.

Yolah, Alkisah kan sibuk, jarang balik Penang. Time time cengini la boleh shoot gambar.


Gambar last adalah gambar Sofea dengan Mummy nya a.k.a kakak Alkisah. Masih single dan artis pujaannya ialah Fahrin Ahmad. OMG.

***